Enam Kawasan Di Sarawak Catat IPU Tahap Berbahaya Setakat 5 Petang
Setakat 5 petang, enam kawasan di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 377. Kawasan lain di Sarawak dan Sabah mencatat bacaan sangat tidak sihat dan tidak sihat, manakala 48 kawasan di seluruh negara berada pada tahap sederhana.