[TERKINI] Jerebu: Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta jika IPU lebih 200 - JAS
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengulangi bahawa sekolah, tadika dan taska perlu ditutup serta-merta sekiranya bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan. Ini berikutan pengaktifan Tahap Amaran 3 ASEAN bagi Rantau Selatan ASEAN disebabkan peningkatan titik panas dan jerebu. JAS Negeri Sarawak terus menjalankan rondaan dan penguatkuasaan terhadap pembakaran terbuka.