KSN minta JPA teliti semula wajaran DEEP KSU
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneliti semula wajaran Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP) bagi jawatan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian. Beliau mahu penilaian mengambil kira projek berimpak tinggi dan rakyat-sentrik serta digitalisasi, bukan hanya projek pembangunan. Beliau berkata demikian selepas meneliti pencapaian KSU dan pelaksanaan rintis DEEP.