Mahkamah Rayuan berpihak kepada syarikat pembiayaan dalam pertikaian RM21.1 juta
Mahkamah Rayuan di Putrajaya memutuskan SA Puncak Management Sdn Bhd terlibat dalam pembiayaan hutang, bukan aktiviti pemberi pinjam wang tanpa lesen, dalam pertikaian RM21.1 juta dengan KL Petrogas Sdn Bhd. Mahkamah membenarkan rayuan SAPM dan mengarahkan KLP membayar jumlah itu beserta faedah.