Dua kapal ditahan, rampasan dianggar bernilai RM260 juta
Dua vesel yang disyaki menjalankan aktiviti kapal ke kapal tanpa kebenaran telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di kedudukan 1.4 batu nautika barat laut Tanjung Buai, Kota Tinggi. Vesel tersebut, sebuah bot tunda dan kapal korek, bersama muatan minyak yang dianggarkan bernilai RM260 juta, telah ditahan untuk siasatan lanjut.