Maritim Malaysia tahan dua vesel, rampasan termasuk minyak bernilai RM260 juta
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua vesel yang disyaki menjalankan aktiviti kapal ke kapal tanpa kebenaran di perairan negara, di luar pantai Kota Tinggi, Johor. Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM260 juta. Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Kastam 1967.