El Nino Dijangka Memuncak September, Indonesia Berjaga-jaga Hadapi Kebakaran Hutan
Indonesia menjangkakan September sebagai tempoh kritikal untuk menangani kebakaran hutan dan tanah kerana fenomena El Nino dijangka memuncak bulan ini. Menteri Perhutanan menyatakan operasi pemadaman sedang dijalankan di Kalimantan dan Sumatera, dengan lebih 202,000 hektar terjejas, dan menekankan langkah-langkah untuk mengurangkan jerebu rentas sempadan.