Sabah aktifkan PKOB di daerah dilanda jerebu
Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri dan daerah di Kota Kinabalu, Keningau dan Papar diaktifkan susulan bacaan IPU menghampiri paras 200. Kerajaan negeri mencadangkan aktiviti luar dibatalkan dan sekolah ditutup jika bacaan mencecah 200, manakala darurat jerebu hanya diisytihar pada bacaan 500.