2 ditahan selepas bayi ditemui dalam tong sanitari di tandas lapangan terbang
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam tong sanitari di tandas OKU di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas pekerja pembersihan mendengar tangisannya. Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 23 tahun dan seorang lelaki Myanmar berusia 22 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.