Pengerusi TH nafi Madinah dinafikan peluang beri keterangan kepada RCI
Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Rashid Hussin, menafikan dakwaan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad, tidak diberi peluang hadir memberi keterangan kepada RCI mengenai TH. Rashid berkata Madinah telah dikeluarkan sepina dan diminta hadir pada 3 Jun 2022, serta diberi peluang menjawab 75 soalan secara bertulis. Beliau berkata demikian selepas program Dialog Ummah di Bangi.