Hadi: PAS sedia hadapi PRU16, tarikh terpulang kepada kerajaan
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkata partinya sentiasa bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), termasuk dalam menyediakan calon. Beliau berkata tarikh pilihan raya itu terpulang kepada Kerajaan Pusat untuk menentukannya. Kenyataan itu dibuat selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat di Kota Bharu.