MBS ambil tindakan terhadap premis buang sisa ke dalam anak sungai
Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menggempur sebuah premis di Kampung Kayu Ara, Mambau, kerana membuang sisa cecair ke dalam anak sungai. Premis yang memproses sisa haiwan menjadi makanan ikan itu telah dikompaun kerana beroperasi tanpa lesen dan diarahkan untuk menghentikan operasi.