Kontraktor nafikan reka permintaan derma Muhyiddin 2020, jelaskan sebab tiada laporan polis
Presiden PKBM, Azman Yusoff memberi keterangan dalam perbicaraan salah guna kuasa Muhyiddin Yassin, menegaskan bekas PM itu memintanya pada Julai 2020 untuk memberitahu kontraktor Bumiputera menderma kepada Bersatu. Katanya, dia tidak membuat laporan polis kerana takut dituduh bersubahat dengan Muhyiddin. Perbicaraan masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.