Aktivis ditahan di Petaling Jaya atas hasutan berkaitan protes roboh kuil di Kangar
Seorang aktivis berusia 55 tahun ditahan di Petaling Jaya, Selangor, semalam dan direman dua hari bermula hari ini. Penahanan itu berkaitan hantaran TikTok yang disyaki menghasut masyarakat berhubung isu perobohan sebuah kuil di Kangar pada 22 Ogos. Polis menerima 14 laporan berhubung hantaran tersebut dan kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.