Mahkamah tolak permohonan DNAA dalam kes CBT dan pengubahan wang haram RM452j pengarah Maju Holdings dan isteri
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur menolak permohonan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) dalam kes pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan pengarah Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed dan isterinya. Mahkamah memutuskan bahawa DNAA tidak relevan dalam kes ini dan menetapkan sebutan semula pada 20 November untuk menetapkan tarikh perbicaraan. Kes ini berkaitan dengan projek Lebuhraya MEX II.