Mahkamah tolak permohonan pengarah Maju Holdings dan isteri untuk DNAA
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur menolak permohonan pengarah Maju Holdings, Tan Sri Abu Sahid Mohamed, dan isterinya untuk mendapat pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) atas tuduhan pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram. Mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan menyerahkan senarai saksi dan menetapkan 20 November untuk pengurusan kes selanjutnya. Abu Sahid berdepan tuduhan menyeleweng lebih RM458.5 juta dan pengubahan wang haram, manakala isterinya dituduh menerima hasil daripada aktiviti haram.