NRES: RUU Perubahan Iklim Negara seimbangkan mitigasi, adaptasi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menyatakan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUU PIN) adalah rangka kerja perundangan yang merangkumi langkah mitigasi dan adaptasi secara seimbang. Ia menambah dasar sedia ada dan akan disokong oleh Pelan Adaptasi Nasional (MyNAP) serta Dana Perubahan Iklim. Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada pandangan bahawa RUU itu lebih menumpukan mitigasi berbanding adaptasi.