Pelajar rugi RM29,000 selepas penipu menyamar sebagai polis, ugut tangkap atas kes pengubahan wang haram
Seorang pelajar di Ipoh kerugian RM29,000 kepada penipu yang menyamar sebagai polis dan mengugut untuk menangkapnya atas kes pengubahan wang haram. Polis menahan tiga lelaki tempatan dalam lima serbuan di Kuala Lumpur dan Selangor berkaitan dengan penipuan itu.