LTAT muncul sebagai pemegang saham utama GTA selepas IPO
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan muncul sebagai pelabur institusi tunggal dan pemegang saham utama baharu dalam GTA Holdings Bhd susulan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat itu. LTAT akan memegang 5.60 peratus kepentingan dalam modal saham terbitan yang diperbesarkan sebanyak 1.29 bilion saham. GTA, penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat, bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 8 September 2026.