WMO amaran El Nino kuat hingga Februari, dunia hadapi cuaca ekstrem
Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) memberi amaran bahawa fenomena El Nino yang sedang berlaku mungkin menjadi yang paling kuat sejak empat dekad lalu. Ketua WMO, Celeste Saulo, berkata dunia kini berada dalam zon bahaya cuaca ekstrem dan fenomena itu dijangka berterusan sehingga Februari tahun depan. Kesan susulan El Nino terhadap iklim dijangka berterusan sehingga tahun 2027.