Pakar: Konsortium MAPC mampu pacu semikonduktor bernilai tinggi
Seorang pakar teknologi semikonduktor berkata penubuhan Konsortium Pembungkusan Termaju Malaysia (MAPC) yang menghimpunkan lima syarikat tempatan mampu menjana nilai lebih tinggi berbanding membiayai syarikat secara berasingan. Konsortium itu melibatkan pelaburan RM185.8 juta untuk membangunkan keupayaan pembungkusan termaju semikonduktor negara dalam tempoh dua tahun.