KKM perketat kawalan kargo udara dengan JKDM, AKPS banteras penyeludupan ubat
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mengumumkan kerjasama strategik antara KKM, JKDM dan AKPS bagi memperketat kawalan kargo dan pintu masuk udara untuk membanteras penyeludupan ubat tidak sah. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Kembara TOBaTS Zon Borneo di Tuaran, Sabah, yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. Rampasan ubat tidak sah di seluruh negara mencecah RM132.4 juta dari 2023 hingga 2025, manakala di Sabah sahaja bernilai hampir RM4.507 juta.