PISA 2025: Skor Sains dan Bacaan Malaysia naik, Matematik turun
Dapatan PISA 2025 menunjukkan skor Sains dan Bacaan murid Malaysia meningkat berbanding 2022, manakala skor Matematik menurun daripada 409 kepada 397. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Rusmini Ku Ahmad berkata peningkatan ini membuktikan murid mampu bangkit selepas pandemik Covid-19, dan Kementerian Pendidikan sedang melaksanakan Rancangan Transformasi Pendidikan Matematik Malaysia 2026-2035.