Warisan akan tetapkan 'garis merah' hak Sabah dalam sebarang pakatan, kata Shafie
Parti Warisan akan menuntut 'garis merah' yang jelas bagi melindungi hak dan kepentingan Sabah dalam sebarang kerjasama politik menjelang pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Berucap selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan bahagian Warisan Semporna pada Jumaat, beliau berkata parti itu terbuka bekerjasama dengan pihak lain tetapi tidak akan membenarkan hak Sabah dikompromi.