Shafie desak penambahan kerusi Sabah, Sarawak dipercepat
Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu cadangan penambahan kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak dipercepatkan bagi memperkukuh perwakilan kedua-dua negeri di Dewan Rakyat. Katanya Sabah kini mempunyai 25 kerusi Parlimen manakala Sarawak 31, dan beliau menuntut pembahagian yang lebih seimbang selaras prinsip satu pertiga dalam perbincangan MA63. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Warisan Semporna yang kesembilan pada Sabtu.