Permohonan Lesen Pelanggaran baharu bawah PUB 2014 tak akan lagi dipertimbangkan - NRES
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) tidak akan lagi mempertimbangkan sebarang permohonan Lesen Pelanggaran baharu bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (PUB 2014), berkuat kuasa serta-merta. Menterinya, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup, berkata arahan itu dikeluarkan bagi memastikan penguatkuasaan penuh PUB 2014 mulai 1 Januari 2027.