Polis rujuk kertas siasatan kes provokasi Hari Kebangsaan di Putrajaya kepada TPR
Polis Putrajaya telah merujuk kertas siasatan berhubung seorang lelaki yang disyaki mencetuskan kekecohan semasa sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya kepada Timbalan Pendakwa Raya. Suspek berusia 30 tahun itu positif dadah jenis THC dan telah menyerah diri di IPD Putrajaya. Polis masih menunggu arahan lanjut dan telah mengambil keterangan tujuh saksi.